Subsale vs undercon
RUMAH SUBSALE VS RUMAH UNDERCON
Zaman penuh mencabar dan ekonomi tidak menentu sekarang, anak muda perlu ambil kesempatan untuk mempunyai aset hartanah sendiri. Hartanah adalah bidang yang menguntung kerana nilainya yang makin naik di masa hadapan.
Ramai anak muda sekarang celik financial dan ada yang dah ada 2-3 bijik rumah pun (menjana pendapatan dengan sewaan)
Tapi kalau anda masih belum ada rumah tak apa.. belajar dulu ilmu hartanah dan proses beli rumah..kemudian kumpul duit untuk beli..
Yang penting masing-masing ada target tersendiri. Belilah rumah mengikut kemampuan anda sendiri akan tidak dibebankan dengan komitmen yang terlalu tinggi sehingga memakan diri sendiri.
Alhamdulillah ramai sudah anak muda yang bujang ni beli hartanah untuk investment..satu tindakan yang bijak.
Tak kurang jugak ada yang beli sebagai rumah untuk tinggal. Menyewa sebulan bayar dah berapa kan? Harga sewa pun mahal, lebih baik duit sewa tu digunakan untuk membayar pinjaman perumahan yang sudah tentu suatu hari nanti insha Allah jadi milik mutlak kita sensiri. Baik beli dan tinggal.. hujungnya rumah sendiri. Tapi kalau tak mampu dan komitmen sekarang terlampau tinggi sewa sahaja dulu, kerana susah untuk melepasi kelayakan pinjmanan bank.
Dikesempatan ini saya ingin kongsikan serba sedikit tentang pros and cons diantara rumah subsale dan rumah undercon/dalam pembinaan.
Rumah subsale
Rumah subsale ni rumah yang dah siap.. dah ada pemilik sedia ada (samada owner tinggal sendiri, di sewakan atau kosong..)
Pembelian rumah subsale ni, memerlukan anda menyediakan sejumlah wang tunai.. ya tunai…cash.. kebiasaannya ejen akan advise pembeli untuk sediakan sekurang-kurangnya 15% dari nilai hartanah tersebut..
Pecahan nya:
- 10% deposit, 3.18% semasa booking (earnest deposit), baki 6.82% semasa tandatangan SPA.
- 3-5% : legal fee, stamp duty dan lain-lain
Jadi total nak selamat perlu ada 15%…
Kalau rumah harga RM150,000, perlu sedia lah RM22,500 (secara kasarnya 15%)
Kalau tak ada tunai sebanyak tu macam mana?
Di sinilah perlunya perunding hartanah kerana kerja dan tanggungjawab mereka ni negotiator.. untuk mendapat win-win situation.
Kelebihan rumah subsale:
- Rumah dah siap (tak ada risiko pemaju lari..)
- Boleh masuk rumah selepas selesai pindah milik
- Boleh runding untuk masuk awal (bayar sewa pada pemilik asal selagi belum selesai pindah milik)
- Boleh sewakan unit selepas selesai pindah milik
Rumah Undercon
Rumah dalam pembinaan ini tak sama macam rumah subsale.
Biasanya disertakan pelbagai pakej untuk menarik pembeli seperti harga include legal fee dan deposit rendah..
Antara pakej yang pemaju biasa offer (kelebihan..)
- Free legal fee
- Free kitchen kabinet
- Free parking
- Cash back
- Rebate seperti diskaun bumi 7%..
- Dan booking serendah RM1,000 (pun ada..)
Selagi kapasiti loan ada, nak ambil 2 biji sekaligus pun boleh, ikut kemampuan dan kelayakan anda.
Sebab tak perlu sediakan tunai 15% seperti rumah subsale.
Berbeza kan? Itu antara kelebihannya.
Hanya bayar booking dan submit loan.. kalau lulus proceed.. semua pemaju tanggung (tapi better semak betul-betul pakej di tawarkan..)
Bayaran bulanan pula mengikut progress pembinaan unit tersebut.. selepas rumah hampir siap baru perlu bayar full loan installment.
Tapi setiap sesuatu ada pros dan cons nya.. rumah undercon ini pun sama ada cons nya..
- Pertamanya rumah tak boleh diduduki (ambil masa untuk rumah siap dibina)
- Tak boleh dapat sewa selagi tak dapat kunci (vacant posssesion)-untuk investment
- Ada risiko pemaju abandon project (projek terbengkalai)
Jangan terlalu fikirkan risiko sehingga membantutkan niat anda untuk invest dalam hartanah? Setiap yang memberikan keuntungan perlu ada risiko yang perlu diambil.
Setiap risiko boleh di minimakan. contohnya jika takut pemaju lari atau projek terbengkalai ni.buat lah research dulu sebelum membuat keputusan untuk membeli. sebelum beli semak lah betul-betul latar belakang pemaju.. Lihat track record mereka sebelum ini..projek lain yang sebelum ni ok tak? tanya orang yang dah pernah beli unit development yang sebelumnya.. ok tak kualiti unit pemaju bina?
Lagi satu rumah undecon ni rumah baru.. berbanding rumah subsale yang dah puluh-puluh tahun (condition pun belum tentu cantik..kos repair pun nak kena consider..)
Sebelum memilih hartanah yang nak dibeli, adalah penting anda pertimbangkan lokasi unit, surrounding development, kemudahan asas dan public transport. Ini memberikan value added jika ingin menjualnya dibkemudian hari, senang untuk mendapat pembeli.
Jangan main beli sahaja.. fikir dulu, tak tahu tanya pada yang pakar. Semoga membantu dalam membuat keputusan.
Comments
Post a Comment