Freehold vs Leasehold
Rumah freehold vs leasehold di Malaysia: Yang mana lebih baik Di atas kertas, rumah freehold (pegangan bebas) sentiasa lebih baik daripada leasehold (pegangan pajak). Namun, anda perlu menilaikan kebaikan dan keburukan masing-masing terlebih dahulu sebelum memilih hak milik tanah yang paling sesuai untuk anda. Artikel ini dikongsi hasil dari Freehold vs Leasehold title in Malaysia: What property buyers should know oleh Khairul. Pemaju hartanah sering mengiklankan projek baharu mereka dengan laungan ‘FREEHOLD’ pada papan iklan dan sepanduk. Memang diakui bahawa hartanah freehold atau pegangan bebas laku dijual lebih cepat berbanding hartanah leasehold. Kepada mereka yang tidak biasa dengan istilah freehold dan leasehold perbezaan utama antara kedua-dua hak milik tanah ialah sama ada anda memiliki tanah di mana rumah anda dibina atau tidak. Mengikut definisi, hartanah freehold adalah hak milik anda sepenuhnya tanpa sebarang kawalan daripada pihak keraja...